ARTIKEL

Matrade bantu selaras forum perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (M0) terlibat dalam menyelaraskan forum perniagaan dan perbincangan meja bulat bersama-sama pengimport berprofil tinggi dan peneraju industri di China.

Ia sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, pada 29 Mac hingga 1 April 2023.

Dalam perbincangan meja bulat yang dipengerusikan oleh Anwar pada 1 April, Matrade memperoleh sejumlah RM2.44 bilion potensi jualan melibatkan sembilan pengimport utama China.

Agensi itu dalam satu kenyataan semalam berkata produk yang diminati pengimport dari Malaysia termasuk minyak sawit dan produk berkaitan, sarang burung yang dapat dimakan, makanan dan minuman, durian serta produk daripada besi.

“Matrade yang mengikuti trend penawaran dan permintaan terkini, menggandingkan segera pengimport China dengan pembekal Malaysia.

“Selain itu, Matrade menawarkan bantuan kepada pengimport untuk menghubungi pembekal Malaysia, sama ada secara maya atau fizikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Matrade berkata, semasa forum perniagaan yang dihadiri oleh lebih 1,000 wakil perniagaan China dan Malaysia, sebanyak 19 memorandum persefahaman dimeterai, merangkumi kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama pertukaran budaya.

China menjadi rakan kongsi dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturutturut, merangkumi 17.1 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Matrade berkata pada 2022, China kekal sebagai destinasi eksport utama dan sumber import Malaysia, berikutan eksport Malaysia ke China melepasi paras RM200 bilion buat kali pertama, berkembang sebanyak 9.4 peratus ke paras tertinggi sepanjang masa RM210.62 bilion, manakala import dari China meningkat sebanyak 20.7 peratus kepada RM276.5 bilion. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali