ARTIKEL

MATRADE galak syarikat dari Sarawak sertai MIHAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berpotensi besar meletakkan produknya di pasaran global, namun penyertaan syarikat negeri ini dalam program perdagangan antarabangsa seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) masih rendah.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan hanya lima syarikat dari Sarawak mengambil bahagian dalam MIHAS Dubai tahun lalu, merekodkan jualan RM2.2 bilion dalam tempoh empat hari.

“Bayangkan jika lebih banyak syarikat Sarawak menyertai MIHAS, pasti lebih tinggi jualan.

“Potensi itu ada, cuma kita perlu ambil langkah berani dan keluar dari zon selesa,” katanya semasa berucap pada Hari Eksport Sarawak 2025, di sini, hari ini.

MIHAS akan diadakan di Shanghai, China tahun ini dan merupakan peluang keemasan buat syarikat tempatan meneroka pasaran eksport lebih luas.

Kami bawa ke Dubai, dan tahun ini ke Shanghai – supaya lebih ramai usahawan termasuk Sarawak, dapat akses terus kepada pembeli dan pelabur antarabangsa,” jelasnya.

Sarawak mampu menjadi penyumbang utama dagangan negara jika syarikat-syarikatnya berani ke hadapan dan memanfaatkan inisiatif yang disediakan oleh MATRADE.

“MATRADE bersedia jadi jambatan. Biar kami bantu bawa produk Sarawak menembusi pasaran baharu.

“Tapi penyertaan dari Sarawak perlu diperkasa. Jangan tunggu, rebut peluang ini,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan sektor halal kini bernilai lebih USD3.5 trilion dan dijangka meningkat kepada USD5 trilion menjelang tahun 2030.

Beliau menyeru agar lebih banyak syarikat makanan, kosmetik, pertanian, herba tempatan serta produk inovatif dari Sarawak mengambil langkah pertama mendaftar dan menyertai misi dagangan yang diselaraskan MATRADE.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan