ARTIKEL

Maxim Salur Bantuan Sempena Ramadan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat e-hailing, Maxim Malaysia mempergiat usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Ramadan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Bintulu dan Miri.

Program berkenaan memfokuskan kepada bantuan makanan asas, sokongan pengangkutan serta pemberian duit raya kepada institusi tahfiz dan rumah Kebajikan.

Pelaksanaan CSR dimulakan di Kuching menerusi aktiviti di Rumah Kebajikan Baiturrahmah yang bertujuan menambah baik keadaan fizikal premis serta keselesaan penghuni.

Antara kerja-kerja yang dilakukan termasuklah mengecat bangunan, membaiki paip rosak, membetulkan pintu, membaik pulih sistem elektrik serta membersihkan kawasan persekitaran.

Usaha tersebut dijangka memberi impak positif dengan menyediakan suasana yang lebih selamat dan kondusif untuk kegunaan harian penghuni.

Penjaga rumah kebajikan berkenaan, Abdul Rahman menzahirkan penghargaan atas keprihatinan syarikat itu dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, di Bintulu program diteruskan dengan kunjungan ke sebuah institut tahfiz melibatkan pasukan syarikat bersama dengan beberapa pemandu yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian.

Antara bantuan yang diberikan termasuk beras, minyak masak, susu serta bahan mentah lain selain sokongan pengangkutan bernilai RM300 bagi memudahkan urusan pelajar dan tenaga pengajar.

Di Miri pula, inisiatif sama dilaksanakan melalui lawatan ke sebuah tahfiz di Lutong dengan penyaluran bantuan makanan serta kemudahan pengangkutan.

Bagi menceriakan sambutan Aidilfitri, seramai 20 pelajar turut menerima sumbangan duit raya, sekali gus melengkapkan usaha kebajikan syarikat dalam menyemai nilai keprihatinan dan kebersamaan sepanjang Ramadan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan