ARTIKEL

Mayat ditemui terapung di Sungai Katibas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SONG: Penduduk di Nanga Serau, Sungai Katibas gempar apabila menemui mayat lelaki terapung petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, mayat terbabit ditemui tidak jauh dari Rumah Ribut.
“Mayat dikenal pasti sebagai Ngang Imban berusia 74 tahun ditemui terapung di lokasi tersebut oleh orang awam pada jam 12.40 tengahari sebelum menghubungi pihak bomba.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song telah bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi itu sekitar jam 2.45 petang,” kata jurucakapnya.
Katanya, pihak bomba mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi tersebut.
Menurutnya lagi, operasi mengambil mayat terbabit melibatkan dua anggota dari BBP Song, polis (2), pihak hospital (2) serta 20 orang penduduk rumah panjang dengan menaiki perahu panjang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan satu laporan berhubung penemuan mayat tersebut.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya sambil mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).


BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan