ARTIKEL

Bomba Sarawak

Mayat dua mangsa tragedi Batang Baleh ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Satu lagi mayat lelaki ditemui terapung di hadapan Terminal Penumpang Kapit selepas penemuan mayat pertama, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timothy Barat berkata, mayat itu dijumpai sekitar 4 petang.


“Mangsa dikenali sebagai Sarjan Jonathan Lambert dijumpai berdekatan pasar Kapit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


“Manakala mayat pertama disahkan sebagai Jack Balan dijumpai di Pulau kerto Sibu dan dikenal pasti oleh keluarganya,” katanya sebentar tadi.


Timoty juga memberitahu, seorang lagi mangsa dijumpai di perairan Batang Lebaan, namun identitinya belum dikenal pasti.


“Operasi SAR ditangguhkan atas sebab keselamatan dan keadaan hari semakin gelap. Operasi akan bersambung keesokan hari,” ujarnya.


Berdasarkan penemuan dua mayat mangsa karam, satu lagi masih menunggu pengesahan keluarga, besar kemungkinan pasukan penyelamat menemui seorang lagi mangsa dalam masa terdekat.


Operasi SAR hari ini disertai 38 anggota yang terdiri daripada pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pejabat residen dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar 5 petang Khamis, lima penumpang sebuah bot fiber dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit untuk membawa bahan letupan seberat 35kg dan detonator.


Dua daripada lima penumpang terbabit merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, manakala tiga lagi merupakan orang awam.


Apabila sampai di tempat kejadian bot yang dinaiki mangsa membelok sedikit ke kiri menghala ke hulu sungai dan terlanggar air sungai yang berpusar menyebabkan bot itu terbalik.


Seorang mangsa dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun dapat diselamatkan orang awam manakala empat lagi hilang dibawa arus.


Mereka yang hilang ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, yang masing-masing anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit manakala dua orang awam dikenali sebagai Amerson James Nain, 47, dan Jack Balan, 44.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU