ARTIKEL

Mayat lelaki di tepi Sungai Salak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mayat seorang lelaki ditemukan di tepi Sungai Salak, di sini dalam keadaan sudah mereput.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 1.21 petang semalam.

“Hasil siasatan di tempat kejadian oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mendapati mayat itu merupakan seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna dan mereput,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah mangsa disyaki sudah meninggal dunia melebihi 72 jam.

Katanya mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Justeru, beliau menyeru kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil membantu siasatan.

Pada masa sama, Merbin mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat itu memandangkan kes masih dalam siasatan.

Katanya buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU