ARTIKEL

Mayat lelaki ditemui tersangkut di kayu bakau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu mayat lelaki warga tempatan ditemui tersangkut di kayu bakau berhampiran sungai Tanjung Embang Matang, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, mayat ditemui oleh salah seorang penduduk kampung ketika mencari mangsa di tempat kejadian sekitar jam 10.30 malam.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan kehilangan mangsa yang dikatakan dikhuatiri hilang sejak tiga hari yang lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dikhuatiri hilang selepas keluar rumah untuk mencari ketam pada tiga hari yang lalu.

“Ibunya, Maznah Dasar, 64, mengesahkan mangsa pada tiga hari lalu ada menyatakan kepadanya untuk keluar rumah mencari ketam di pesisir sungai Tanjung Embang dengan berjalan kaki,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat seterusnya berjaya dibawa ke darat dengan menggunakan bot milik anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Susulan itu, katanya, mayat mangsa dibawa dan diserahkan kepada Jabatan Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Terdahulu, Maznah memberitahu si mati sememangnya sudah lama bekerja sebagai seorang pencari ketam dan menganggap aktiviti tersebut sebagai sumber pendapatan hariannya.

Dedahnya, mangsa menetap berjiran dengannya sejak berpisah dengan isteri dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya.

Sementara itu, Ketua BBP Petra Jaya, PKPgb Azaharul Sahari berkata, seramai enam anggota balai telah menyertai operasi di lokasi kejadian.

Ujarnya, operasi mengambil mayat ditamatkan sekitar pukul 5.18 pagi.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU