ARTIKEL

Mayat penghantar bantuan makanan ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Seorang penghantar bantuan makanan yang hilang setelah bot panjang yang dinaiki bersama dua rakannya karam di Nanga Senyuruk, Ulu Ensiring, di sini petang Selasa lalu ditemui mati lemas petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (bomba) Sarawak, mayat Masing Seliong, 35, ditemui di Lubuk Dabai, Sungai Ensiring kira-kira jam 2.15 petang oleh penduduk rumah panjang.

“Setelah proses pengecaman selesai dilakukan oleh keluarga mangsa, mayat mangsa dituntut sendiri oleh keluarganya tanpa melalui proses bedah siasat dan telah dipersetujui selepas perbincangan dengan agensi terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Selasa lalu, mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan balik menghantar bantuan makanan dari Sungai Nilau, Ulu Julau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Namun dua rakannya selamat dalam kejadian itu dengan berenang ke tebing.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali