ARTIKEL

Mayat remaja lelaki ditemukan di pantai Sungai Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LABUAN: Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda bersama abang tirinya semalam, ditemukan di pantai Sungai Miri, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, ditemukan terdampar di pantai berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan pada 5 pagi tadi.

Pengarah JBPM Labuan Ismaidi Ismail berkata ketika kejadian 2 petang semalam, mangsa dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira 1 tengah hari sebelum insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Al Faiez ditemukan terapung tidak jauh dari pantai itu dan diselamatkan setengah jam kemudian selepas operasi SAR dijalankan. — BERNAMA

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU