ARTIKEL

Mayat tanpa pakaian ditemui, waris dicari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 10.30 malam pada 24 Jan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan.

“Identiti dan bangsa mayat yang ditemui tanpa pakaian belum dikenal pasti dan mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

“Wanita itu dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, badan berisi, mempunyai ketuat pada kelopak mata kiri, lubang anting-anting pada kedua-dua belah telinga, beberapa gigi belakang sudah tiada dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 135 sentimeter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hafezul Helmi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Teuk Intan mendapati punca kematian disebabkan oleh pelbagai kecederaan tumpul pada tubuh badan mangsa.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu atau orang hilang boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Hamzanni Adul Ghani di talian 019-5732880.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan