ARTIKEL

Maybank, Manchester United lanjutkan perkongsian jenama bersama serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Maybank telah melanjutkan perkongsian jenama bersama serantaunya dengan Manchester United buat kali ketiga berkuat kuasa 1 Julai 2023 meliputi Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Datuk John Chong berkata kad kredit serta debit Maybank-Manchester United di Malaysia terus menerima sambutan yang sangat positif, mencatatkan pertumbuhan sihat kira-kira 30 peratus dalam asas kad dan 62 peratus dalam pengebilan kad pada tahun lepas. 

“Dengan kerjasama berterusan ini, bank menjangkakan pertumbuhan akan datang sebanyak 43 peratus dalam asas kad dan 82 peratus dalam pengebilan kad pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Maybank juga merancang untuk meniru kejayaan yang sama melalui kempen pengaktifan jenama yang khusus bagi pemegang kad kredit serta debit Manchester United untuk mengembangkan perniagaannya di rantau lain. 

Maybank kini menguasai perniagaan kad di Malaysia, dengan lebih daripada 14 juta kad kredit, kad caj, dan kad debit dalam edaran. 

Bank tersebut menguasai lebih daripada 20 peratus bahagian pasaran membabitkan kad kredit dan caj di negara ini serta lebih daripada 28 peratus untuk kad debit.

Kerjasama Maybank dengan Manchester United merupakan salah satu perkongsian terpanjang serta paling berjaya dalam sejarah kelab itu yang merupakan bukti komitmen bank berkenaan untuk memberikan faedah menarik dan bermanfaat kepada pemegang kad Manchester United. 

Pemegang kad Maybank Malaysia Manchester United menikmati keistimewaan eksklusif seperti diskaun pembelian di cawangan dan kedai dalam talian Manchester United, akses berdiskaun ke Stadium Manchester United termasuk Lawatan Muzium, peluang untuk menyertai pertandingan bagi peluang bertemu pemain dan legenda serta pelbagai faedah lain.

Untuk pemegang kad Maybank Manchester United Visa Infinite, faedah yang diberikan termasuk peluang secara jemputan bermain golf di Kuala Lumpur atau lawatan ke stadium Old Trafford secara peribadi dengan legenda Manchester United. 

Untuk Musim Liga Perdana 2023/24 yang akan datang, Maybank akan memulakan kempen #ForeverUnited mulai Ogos hingga November 2023 bagi pemegang kad.

“Pemenang kempen ini boleh memenangi jersi Manchester United musim 2023/24, tiket perlawanan di Old Trafford selain hadiah utama perjalanan serta perbelanjaan berbayar dua orang untuk menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Old Trafford,” kata bank itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU