ARTIKEL

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat Maybank kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Maybank Salur Zakat RM4 Juta Kepada Tabung Baitulmal Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Kewangan Islam Maybank menyalurkan zakat berjumlah RM4 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai komitmen berterusan institusi kewangan itu dalam menyokong kebajikan serta kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

Penyerahan zakat itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis ringkas di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya di sini, pagi tadi.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli diiringi Pengarah Wilayah Maybank Sarawak Abang Jamili Abang Julai kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha yang mewakili TBS.

Penyaluran zakat itu mencerminkan tanggungjawab Maybank dalam memenuhi kewajipan berzakat, selain memperlihatkan peranan sektor korporat dalam menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Sumbangan berkenaan juga memperkukuh kerjasama antara institusi kewangan Islam dengan institusi pengurusan zakat dalam memastikan manfaat zakat dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Usaha itu sekali gus menyokong agenda pembangunan sosioekonomi umat Islam di Sarawak, khususnya dalam memperluas jaringan bantuan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU