ARTIKEL

Kredit: Bernama

Mbappe atasi rekod Pele dan Messi dalam jumlah jaringan Piala Dunia FIFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe mengatasi rekod jaringan Piala Dunia FIFA milik Pele dan Lionel Messi selepas menjaringkan dua gol dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Selasa, Perancis menewaskan Senegal 3-1 di New York.

Mbappe menjaringkan dua gol pada minit ke-66 dan minit keenam masa kecederaan (90+6).

Penyerang berusia 27 tahun itu kini mengumpul 14 gol dalam sejarah penampilannya di Piala Dunia, sekali gus menyamai rekod legenda Jerman, Gerd Muller yang turut menjaringkan 14 gol.

Pele merekodkan 12 gol, manakala Messi dan legenda Perancis, Just Fontaine masing-masing menjaringkan 13 gol di Piala Dunia.

Hanya legenda Brazil, Ronaldo dengan 15 gol dan penyerang Jerman, Miroslav Klose dengan 16 gol berada di hadapan Mbappe.

Mbappe dan Pele turut menjadi dua remaja sahaja dalam sejarah yang pernah menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia.

Dalam perkembangan sama, Mbappe muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Perancis dengan 58 gol daripada 99 penampilan antarabangsa, mengatasi rekod Olivier Giroud yang menjaringkan 57 gol dalam 137 penampilan sebelum bersara daripada pasukan kebangsaan pada 2024.

Piala Dunia kali ini diadakan buat kali pertama dengan penyertaan 48 pasukan dan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Kejohanan itu dijadualkan berakhir pada 19 Julai. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur