ARTIKEL

BANTUAN… Wee Hong Seng menyampaikan bantuan tambahan RM1,000 menerusi Program MBKS Caring kepada keluarga terjejas akibat kejadian angin kencang di Kuching Selatan.

MBKS bantu keluarga terjejas angin kencang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bantuan tambahan RM1,000 menerusi Program MBKS Caring diharap dapat membantu keluarga terjejas akibat kejadian angin kencang di Kuching Selatan menampung kos membaiki kediaman serta menggantikan barangan keperluan yang rosak.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, bantuan itu disediakan MBKS secara berasingan daripada bantuan bencana Kerajaan Sarawak yang disalurkan menerusi mekanisme bantuan bencana.

Menurutnya, sebanyak 75 permohonan bantuan bencana di kawasan pentadbiran MBKS sedang diproses membabitkan peruntukan RM107,000 daripada dana Kerajaan Sarawak, dengan pengesahan dan kelulusan dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN… Wee Hong Seng menyampaikan bantuan tambahan RM1,000 menerusi Program MBKS Caring kepada keluarga terjejas akibat kejadian angin kencang di Kuching Selatan.

Beliau berkata, Ahli Majlis, ketua masyarakat dan pegawai MBKS turut turun padang bagi mengenal pasti serta mendaftarkan mangsa, selain membantu melengkapkan dokumen dan memudah cara penghantaran permohonan kepada pihak berkaitan.

Katanya, dokumen diperlukan termasuk laporan polis, pengesahan JKM, dokumen pengenalan diri, bukti alamat, gambar kerosakan dan maklumat akaun bank bagi memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang layak.

Wee berkata, bantuan bencana Kerajaan Sarawak, bantuan tambahan RM1,000 melalui Program MBKS Caring dan bantuan berasingan oleh wakil rakyat merupakan mekanisme serta sumber kewangan yang berbeza, walaupun sebahagian keluarga mungkin menerima lebih daripada satu bentuk bantuan.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak mengetepikan perbezaan pandangan dan sentimen politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha membantu keluarga terjejas agar bantuan yang diterima dapat meringankan beban mereka membaiki kediaman dan meneruskan kehidupan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU