ARTIKEL

P1: Datuk Wee Hong Seng merakam kenangan bersama-sama jawatankuasa penganjuran Bazar Ramadan MBKS 2024 selepas sidang media di sini, hari ini.

MBKS sedia 160 tapak gerai bazar Ramadan, permohonan kini dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Para peniaga tempatan yang berminat kini boleh mula menghantar permohon untuk menyertai Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 2024.

Datuk Bandarnya, Datuk Wee Hong Seng berkata, permohonan untuk sejumlah 160 tapak gerai jualan itu boleh dikemukakan bermula hari ini, 30 Januari sehingga 13 Februari depan.

“Acara tahunan sepanjang bulan Ramadan yang menawarkan jualan pelbagai juadah makanan dan minuman ini akan berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April depan.

“Daripada sejumlah 160 tapak gerai yang disediakan, sebanyak 60 daripadanya adalah untuk jualan makanan dimasak seperti lauk pauk, 24 gerai minuman, 54 gerai kuih muih dan 22 gerai bagi makanan dipanggang.

“Sehubungan itu, para peniaga yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan dalam tempoh dua minggu ini supaya pihak kami dapat melaksanakan proses pemilihan yang adil dan telus,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, seperti tahun sebelumnya, bazar itu akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Pasar Komuniti Stutong bagi memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan susulan kedudukannya yang strategik dan luas.

Baca lain  Tangguh program pagi tanpa kereta sepanjang Ramadan

Dalam pada itu katanya, semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Kaunter Perkhidmatan di Bangunan MBKS, Jalan Padungan pada waktu pejabat.

sesi taklimat dan proses pengundian peserta akan diadakan pada Isnin, 4 Mac 2024 bertempat di Auditorium, MBKS. Sesi ini penting untuk para peniaga mendapat maklumat penting berkenaan pelaksanaan acara serta memastikan pemilihan dilakukan secara telus.

“Pemohon yang berjaya kelak hanya perlu membayar yuran sewa gerai berharga RM250 berserta deposit keselamatan RM100 yang akan dikembalikan,” jelasnya.

Sementara pengerusi penganjur, Dzamaluddin Bin Zainudin berkata, semua pemohon dikehendaki mengemukakan sijil kursus pengendali makanan serta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan vaksin kepialu atas kos sendiri.

“Justeru, para peniaga yang hendak menyertai boleh mendapatkan borang di bangunan MBKS di sini dan semua peraturan serta kelayakan pemohon dinyatakan di dalam permohonan berkenaan,” tambahnya.

Ujarnya, penganjuran bazar tersebut merupakan bukti kekayaan warisan budaya dan semangat perkauman masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,