ARTIKEL

PANTAU…Datuk Wee Hong Seng (empat kiri) memantau proses pemberian vaksin anjing di Dewan Masyarakat MBKS.

MBKS ubah dasar tempoh pelesenan anjing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengubah dasar berkaitan tempoh lesen pemeliharaan anjing.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, tempoh pelesenan anjing sebelum ini adalah tiga tahun dan akan diubah kepada satu tahun.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) untuk mendapatkan garis panduan berkenaan pelesenan tersebut.

“Kebiasaannya pemilik haiwan peliharaan akan membayar lesen untuk tiga tahun namun sudah tentu mereka tidak akan memberi vaksin anjing mereka sekali dalam tempoh tiga tahun.

“Jadi kami akan mengubah polisi tersebut kepada tahunan dan pejabat (MBKS) akan menyemak berapa banyak anjing yang telah memperbaharui lesen mereka,” katanya kepada media semasa menghadiri Program Vaksinasi Antirabies Percuma, Pemberian Lesen, Pemasangan Mikrocip di Dewan Masyarakat MBKS, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SSPCA Datin Dona Drury Wee.

Hong Seng menjelaskan, tindakan itu dibuat bukan bertujuan untuk mengutip wang daripada pemilik haiwan peliharaan, sebaliknya ia dilaksanakan mengikut prosedur dan memastikan kes rabies berkurangan.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu dijangka dilaksanakan pada tahun hadapan dan turut membabitkan kedai haiwan peliharaan serta kewajipan untuk pemasangan cip mikro dan lesen untuk pembiakkan.

TANGGUNGJAWAB…Pemilik anjing hadir membawa haiwan peliharaan mereka ke Dewan Masyarakat MBKS untuk pemberian vaksin dan pemasangan cip mikro.

BERITA LAIN

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU