Trending

MCF dilancar bagi menyokong aktiviti pengkomersilan industri getah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
FADILLAH YUSOF

KUCHING: Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) akan melancarkan Dana Pengkomersialan MRC (MCF) yang dijangka pada Oktober 2023 bagi menyokong aktiviti pengkomersilan oleh pihak industri getah, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Sebanyak RM20 juta disediakan di bawah dana ini untuk menyokong pengkomersilan produk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan getah dalam menembusi pasaran serantau dan antarabangsa,” katanya dalam ucapan penggulungan kementerian di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata MRC telah menubuhkan unit khas bagi membantu meningkatkan aktiviti pengkomersilan R&D dan pemindahan teknologi dalam industri getah.

Sementara menjelas mengenai harga getah yang rendah, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata harga getah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya penawaran dan permintaan getah dunia.

Katanya intervensi daripada kerajaan adalah tidak mudah dan pada tahap yang minimum kerana industri getah negara adalah berorientasikan eksport dan pengeluaran negara juga adalah hanya sekitar 3.3 peratus.

“Begitu juga harga getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah turut tertakluk kepada permintaan dan penawaran pasaran selain daripada kos pengangkutan yang menyebabkan perbezaan harga di peringkat ladang,” katanya.

Justeru, Fadillah berkata antara langkah yang sedang dilaksanakan untuk membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran selain usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah adalah melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Katanya sejak 1 Januari 2023, kerajaan telah menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi IPG dari RM2.50 ke RM2.70 sekilogram getah beku.

“Sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM474.54 juta,” katanya sambil menambah Program IPG telah dilaksanakan bermula September 2015.

Selain itu, beliau berkata kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah melaksanakan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET), dengan projek itu dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah.

Fadillah menambah Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) turut dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah serta menggalakkan mereka mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.

“Bagi menggalakkan penyertaan, setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini akan menerima insentif tunai sebanyak RM 1.00/kg bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

“Para peserta juga menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada