ARTIKEL

MCMC panggil Muhyiddin bantu siasatan kandungan TikTok berhubung subsidi RON95

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok.

Menurut MCMC, siasatan itu bertujuan mengesahkan konteks kandungan video yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar petrol RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan, MCMC memaklumkan pihaknya akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu.

MCMC turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU