»Penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Meghan Trainor, menjadi tumpuan masyarakat di media sosial selepas memuat naik foto dirinya di laman Instagram (IG) yang menunjukkan dirinya semakin kurus selepas melahirkan anak keduanya, Barry.
Meghan berkongsi beberapa perkara menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa lalu mengenai perubahan yang dilakukannya.
Dia hanya menyatakan fakta bahawa dia menjaga pemakanan dan bersenam, malah turut mengambil suntikan bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
“Saya dibantu melalui nasihat pakar diet dan mula bersenam dengan jurulatih peribadi.
“Saya menggunakan sains dan beberapa bentuk sokongan yang membantu saya selepas kehamilan kedua,” ujarnya.
Namun begitu, kekecewaan dalam dirinya tidak dapat dibendung apabila peminat lebih berminat mengetahui perbezaan fi zikalnya berbanding kejayaannya dalam bidang muzik.
“Saya berbesar hati dan berasa seakan-akan bermimpi kerana diiktiraf oleh Billboard Women in Music sebagai Hitmaker.
“Tetapi agak mengecewakan apabila terlalu banyak soalan dan komen lebih tertumpu pada tubuh badan saya, dan bukannya muzik, minat, atau kerja saya yang kini menjadi karier tetap.
“Beginilah rasanya menjadi seorang wanita dalam industri muzik,” tambahnya lagi.
Dia hanya menyatakan fakta bahawa dia menjaga pemakanan dan bersenam, malah turut mengambil suntikan bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
“Saya dibantu melalui nasihat pakar diet dan mula bersenam dengan jurulatih peribadi.
“Saya menggunakan sains dan “Tetapi agak mengecewakan apabila terlalu banyak soalan dan komen lebih tertumpu pada tubuh badan saya, dan bukannya muzik, minat, atau kerja saya yang kini menjadi karier tetap.
“Beginilah rasanya menjadi seorang wanita dalam industri muzik,” tambahnya lagi.



