ARTIKEL

Sagah (dua kiri) melakukan simbolik penutupan Hari Gawai pada Majlis Pengerami Gawai I-Cats Segulai Sejalai 2025 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti I-Cats, di sini, hari ini.

MEITD terus dukung usaha i-CATS bina masa depan anak-anak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan terus mendukung usaha Kolej Universiti i-CATS dalam memperkukuh hubungan industri, memperluas jaringan antarabangsa serta menambah baik program-program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini sejajar dengan keperluan Sarawak dalam sektor ekonomi digital, tenaga hijau, teknologi pertanian dan pelancongan berasaskan budaya.

“Kita mahu anak-anak Sarawak tidak kira di kampung, rumah panjang atau di bandar melihat institusi seperti i-CATS sebagai tempat mereka membina masa depan, tanpa perlu meninggalkan jati diri atau membelakangkan akar budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengerami Gawai i-Cats Segulai Sejalai 2025 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

Sebagai menteri dalam bidang pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat, beliau berkata i-CATS adalah institusi strategik melaksanakan dasar-dasar pembangunan modal insan negeri Sarawak.

“Kami (MEITD) percaya bahawa transformasi Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030 tidak akan berjaya tanpa universiti seperti i-CATS memainkan peranan sebagai pemacu utama bakat dan inovasi.

“MEITD tidak sekadar menyokong dari segi dasar dan kewangan. Kami komited membina ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, relevan dan berakar pada budaya tempatan,” ujarnya.

Jelas Sagah, Majlis Gawai di i-CATS yang dianjurkan hari ini adalah contoh terbaik bagaimana institusi pendidikan boleh memainkan peranan sebagai penjaga warisan budaya sambil menjadi jambatan kepada dunia luar.

“i-CATS bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ilmu, tetapi juga sebagai pusat pembangunan bakat berteraskan nilai-nilai budaya tempatan.

“Ini selaras dengan misi kami untuk melahirkan graduan bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal dan profesional, tetapi juga berjiwa besar, beridentiti dan mampu menjadi pemimpin dalam dunia global,” tegasnya.

Hadir sama, Naib Canselor ICATS, Emeritus Prof Datuk Dr Ts Mohamad Kadim Suaidi.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian