Memandu sendiri ke hospital selepas ditembak

SIBU: Seorang lelaki cedera selepas ditembak di hadapan sebuah kedai kopi di Paradom tidak jauh dari Jambatan Lanang.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi malam tadi mengesahkan kejadian tersebut yang dijangka berlaku sekitar antara jam 4 ke jam 5 petang.

“Mangsa pada masa kejadian sedang memancing di depan sebuah kedai sebelum diganggu oleh seorang lelaki.

Mangsa bertindak memukul lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental itu kerana dikatakan menganggunya.

“Kemudian, sekumpulan lelaki datang ke lokasi kejadian bersama tiga kenderaan yang dipercayai rakan kepada lelaki yang dipukul mangsa, katanya.

Salah seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah dan melarikan diri.

Mangsa yang cedera di muka dan kepalanya sempat memandu sendiri pusat perubatan swasta di sini.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bercakap dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.

Suara Sarawak