Pemenang hadiah utama kempen MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama, Nurjehan Binti Salleh (tengah) menerima sebuah kenderaan edisi terhad Ford Ranger XL pada kemuncak sambutan Hari Gawai.
Sama ada menerusi resipi yang dipelajari daripada ibu bapa ataupun ilmu memasak yang diwarisi daripada datuk dan nenek, aroma yang membangkitkan rasa rindu terhadap kampung halaman sentiasa menganyam cerita, budaya dan kenangan turun-temurun.
Bagi anak Bumi Kenyalang di perantauan, menyediakan hidangan kegemaran keluarga merupakan satu pengalaman yang begitu bermakna kerana ia mencetus memori asal-usul anda meskipun berada di tempat yang jauh. Daripada hidangan harian sehingga majlis perayaan, makananlah yang menyatukan pelbagai generasi, memelihara tradisi budaya dan memupuk semangat kekitaan.
Sejak sekian lama, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada rutin harian sebegini. Sebagai teman setia di dapur, kehadiran MAGGI® di Sarawak bukan sahaja melangkaui hidangan dan perayaan, malah mengambil pelbagai inisiatif untuk memelihara kesinambungan makanan warisan sambil berinteraksi dengan komuniti tempatan, serta memberi sokongan kepada keluarga dan generasi muda.
Meneroka Rasa Tradisi bersama Generasi Baharu
Memandangkan makanan warisan melambangkan identiti budaya, memasak dan berkongsi ilmu dapat menurunkannya kepada generasi seterusnya. MAGGI® menyokong usaha ini dengan membantu golongan muda untuk menyediakan hidangan Sarawak dengan lebih berkeyakinan, di samping memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian kulinari tradisional negeri ini.

Berbekalkan semangat ini, MAGGI® berganding bahu dengan penggiat makanan Sarawak, Karen Yap, untuk mengetengahkan resipi tradisional seperti Ayam Kampung Umbut Pisang, Sambal Ikan Masin Gonjeng dan Tenggiri Terung Dayak.
Bersandarkan pengetahuan dan minat mendalam beliau terhadap masakan Sarawak, Karen bukan sekadar berkongsi resipi, malah menghubungkan generasi baharu dengan naratif asal-usul dan keunikan budaya di sebalik setiap sajian. Melalui usaha ini, MAGGI® menyediakan satu platform khas untuk generasi baharu mendekati hidangan warisan dengan lebih mudah.
Komitmen ini turut dizahirkan menerusi penyertaan MAGGI® di Borneo Native Festival di Kuala Lumpur. Festival tersebut membuka mata masyarakat luar dengan mengenali kekayaan makanan, seni dan budaya Malaysia Timur secara dekat.

Kesemua inisiatif ini mencerminkan peranan MAGGI® dalam menghubungkan komuniti melalui makanan agar masakan warisan Sarawak dapat dikenali, dihargai dan diteruskan pada masa hadapan.
Menyokong Cara Memasak Keluarga Moden Hari Ini
Walau bagaimanapun, gaya hidup moden yang pantas memerlukan pendekatan yang berbeza dalam penyediaan makanan. Komitmen kerja, perjalanan yang lebih panjang serta tanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan ramai berdepan kekangan masa untuk menyediakan hidangan tradisional.
Seiring dengan perubahan rutin ini, MAGGI® terus berinovasi dengan menawarkan penyelesaian memasak yang praktikal seperti MAGGI® CukupRasa™, MAGGI® Sambal Tumis, dan Sos Tiram MAGGI®. Sama ada untuk menambah rasa, melazatkan lagi hidangan, mahupun menyediakan masakan bertumis atau mereneh, produk-produk ini membantu memudahkan urusan memasak seharian sambil memberi anda peluang menggayakan sentuhan peribadi.
Bagi detik-detik tertentu yang memerlukan hidangan cepat dan menyelerakan, pilihan kegemaran ramai seperti MAGGI® 2 Minit Kari dan MAGGI® 2 Minit Asam Laksa memberi kemudahan penyediaan serta rasa yang sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia.
Produk-produk ini bukanlah pengganti kepada resipi keluarga ataupun ilmu memasak yang diwarisi. Sebaliknya, ia menyokong dapur moden dengan kepelbagaian pilhan agar semua orang dapat menyediakan dan menikmati rasa yang dekat di hati, walaupun berdepan tuntutan kehidupan moden.
Meraikan Gawai Bersama Masyarakat Sarawak
MAGGI® turut meraikan Gawai bersama komuniti tempatan menerusi Pesta Rakit Kampung Simpok, Pesta Dayung Sangon Serembu, Tematu EthnoFest dan Ngabang Gawai di Betong, sekali gus menyemarakkan amalan tradisi bersama keluarga dan masyarakat.

Kempen tahunan MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama sempena perayaan menuai tersebut turut memberi ganjaran kepada pengguna setia yang minat memasak. Kemuncak perayaan ini menyaksikan pemenang hadiah utama – Nurjehan Binti Salleh dari Kota Samarahan dikurniakan sebuah kenderaan edisi terhad Ford Ranger XL.
Semangat menghargai dan memberi kembali kepada komuniti turut dilanjutkan apabila MAGGI® menyumbang RM15,000 kepada Program Penajaan Pendidikan Helping Hands Penan. Sumbangan tersebut membiayai kehidupan 55 pelajar Penan selama tiga bulan, termasuk kos pengangkutan, keperluan persekolahan, penginapan dan perbelanjaan sara hidup lain.

Dengan membantu mengurangkan beban kos pendidikan anak-anak, sokongan ini membolehkan ibu-ibu Penan memberi tumpuan terhadap penjanaan pendapatan untuk mengukuhkan kestabilan keluarga sambil membina masa hadapan yang lebih terjamin untuk keluarga mereka. Sejak tahun 2010, program ini telah menyokong pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, dengan ramai graduan yang kini kembali berbakti kepada komuniti mereka.
Kisah anda mewarnai perjalanan ini
Walaupun Gawai hanya diraikan setahun sekali, namun hubungan MAGGI® bersama masyarakat Sarawak dirasai setiap hari dalam bentuk resipi keluarga, hidangan ringkas dan cepat, serta sajian yang mengubat rindu mereka yang berada jauh dari kampung halaman.
Menerusi makanan, tradisi yang dikongsi bersama dan sokongan kepada komuniti, hubungan bermakna ini terus terjalin sepanjang tahun didorong semangat Saya dan MAGGI®, Mesra Bersama.
Kongsi detik #SayaDanMAGGI anda dan ikuti MAGGI® Malaysia di media sosial atau layari www.maggi.com.my untuk mendapatkan lebih banyak resipi dan inspirasi.


