ARTIKEL

Mengintai kelip-kelip, monyet belanda di Kuala Santaba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi fokus membangunkan ekopelancongan tempatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri berkata, Malaysia dilihat berpotensi tinggi menjadi ekopelancongan terbaik di dunia kerana mempunyai banyak tempat menarik.

Ujarnya, seperti apa yang ada di Kuala Santaba Patiambun di sini. “Suasananya sama seperti di negara Vietnam namun keadaan di sini lebih bersih, cantik dan lebih luas.

“Kita memang hendak mengangkat aktiviti ekopelancongan supaya pelancong akan memilih negara sebagai lokasi terbaik untuk pelancongan.

“Lagipun ada produk lain seperti kelip-kelip dan monyet belanda di Kuala Santaba, Patiambun,” katanya semasa ditemui media selepas melakukan Lawatan Kerja di Jeti Kuala Santaba Kampung Patiambun, pada Sabtu.

Kuala Santaba terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Limbang dan sering menjadi pilihan kaki pancing selain pemandangan flora fauna yang menarik.

Datuk Nancy berkata, dengan adanya produk pelancongan di kawasan kampung, ia akan dapat menambah pendapatan penduduk setempat.

Jelasnya, apabila pelancong yang datang, penduduk kampung dapat menjual hasil kraf tangan mereka di samping melakukan aktiviti ekonomi lain.

“Misalnya, di Jeti Santaba, ada penduduk yang membawa perahu sebagai punca pendapatan, menjual kraf tangan selain makanan. “Maknanya ekonominya sentiasa bergerak dan ia membantu penduduk setempat menjana pendapatan,” ujarnya.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston