ARTIKEL

Gambar yang ditunjukkan adalah sekadar ilustrasi sahaja.

Meninggal dunia pada Jumaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SOALAN: Adakah benar seseorang yang meninggal pada Jumaat akan mendapat husnul khatimah?

JAWAPAN: Apabila disebut tentang kematian, maka sememangnya kita semua mengimpikan kematian yang baik ataupun disebut sebagai husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

Sudah pasti kita tidak mahu su’ul khatimah (pengakhiran hidup yang tidak baik).

Namun, apabila kita membincangkan tentang kematian pada Jumaat, adakah ia husnul khatimah?

Ada pendapat yang menyatakan bahawa meninggal pada Jumaat sebagai tanda husnul khatimah mempunyai asas dalam hadis, tetapi hal ini perlu difahami dengan tepat.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW: “Tidaklah seorang Muslim mati pada Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah akan melindunginya daripada fi tnah (azab) kubur.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi) Hadis ini menunjukkan bahawa meninggal pada Jumaat atau malam Jumaat merupakan satu kelebihan dan padanya terdapat tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan yang baik.

Akan tetapi, perlu difahami bahawa meninggal pada Jumaat bukan jaminan syurga atau bukti pasti seseorang memperoleh husnul khatimah.

Para ulama juga menjelaskan bahawa hal tersebut hanyalah pertanda baik, tetapi bukan ukuran utama.

Ukuran sebenar husnul khatimah ialah keadaan iman, amal soleh dan keadaan seseorang ketika sakaratul maut.

Contoh tanda husnul khatimah yang sebenar menurut hadis sahih termasuk sempat mengucap syahadah ketika meninggal, meninggal dalam keadaan beramal soleh, mati syahid, mati ketika menuntut ilmu dan sebagainya.

Meninggal pada Jumaat hanya salah satu kelebihan, bukan penentu mutlak.

Namun, hal ini tidak bermakna kita berhak menyebut keburukan seseorang yang tidak mati pada hari tersebut kerana ia menyalahi sunnah Baginda SAW terhadap si mati.

Perbanyaklah berdoa kepada Allah SWT agar kita semua meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan diampunkan segala dosa yang kita lakukan, sama ada secara sengaja ataupun tidak.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU