ARTIKEL

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Brunei Darussalam telah mengambil maklum mengenai penggunaan Lesen Kenderaan Malaysia (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) digital.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata dimaklumkan mengenai perkara itu ketika berhubung dengan Konsul Jeneral Brunei di Kuching, Noni Zurainah Ismi.

“Beliau memberitahu saya bahawa Kementerian Pengangkutan Brunei telah menerima surat mengenai pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu digital daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Lee juga berkata telah menghubungi Pengarah Pengangkutan Jalan Sarawak, Norizan Jili dan dimaklumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah menyekat orang ramai mendapatkan pelekat LKM atau dokumen LMM sepanjang tempoh peralihan digitalisasi itu.

Malah, katanya Norizan juga memberi jaminan bahawa orang ramai masih boleh mendapatkan dokumen itu (LKM dan LMM) di pejabat JPJ berhampiran.

“Pengarah juga menyebut bahawa beliau telah menghubungi rakan sejawatannya di Brunei mengenai perkara ini dan mengesahkan tiada kes atau tindakan yang dilaporkan mengenai paparan salinan bercetak atau versi tangkapan skrin cukai jalan setakat ini,” katanya.

Menurut Lee, beliau telah menerima beberapa maklum balas dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang ramai berhubung pelaksanaan cukai jalan dan lesen digital, terutama mereka yang kerap melakukan perjalanan antara Miri dan Brunei.

Namun begitu, beliau meminta semua pemandu atau pemilik kenderaan agar memuat turun e-LMM dan e-LKM serta cukai jalan mereka daripada aplikasi MyJPJ, sama ada yang dengan membuat tangkapan skrin atau salinan bercetak untuk digunakan apabila perlu terutama di kawasan yang tidak mempunyai liputan internet.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Brunei Darussalam agar mengiktiraf cukai jalan digital, yang kini diguna pakai kenderaan di Malaysia.

Ia berhubung isu negara berkenaan tidak menerima kemasukan kenderaan khususnya dari Miri, yang menggunakan cukai jalan digital.

“Apabila kenderaan dari Miri yang memandu merentasi sempadan Brunei, ia tidak dibenarkan masuk walaupun menunjukkan cukai jalan digital kerana pihak berkuasa Brunei ingin melihat cukai jalan fizikal.

“Susulan itu, perbincangan terperinci akan diadakan dengan kerajaan Brunei mengenai isu itu supaya mereka mengiktiraf cukai jalan digital Malaysia,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial