ARTIKEL

Kredit: Datuk Jamawi Jaafar

Menteri Sabah tergelincir di tandas VIP KLIA, terima jahitan di kepala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, mendapat jahitan pada kepala selepas tergelincir di dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menjelaskan lantai yang licin berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP menyebabkan kepalanya terhentak seperti dilapor Bernama.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada doktor dan jururawat Menara Medical Clinics KLIA yang merawat serta menjahit lukanya.

Jamawi menulis hantaran itu bagi menjelaskan keadaan sebenar selepas rakan yang melihatnya bertuala berdarah di KLIA menghubunginya melalui telefon dan WhatsApp.

Susulan kejadian itu, beliau menasihati pegawai Malaysia Airports supaya membaiki permukaan tandas dan laluan kecemasan ke klinik berhampiran, selain melatih kakitangan tentang rawatan awal kecemasan, sebelum pulang ke Kota Kinabalu petang ini selepas perjalanan dari Brasilia melalui Sao Paulo dan Doha.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU