ARTIKEL

Lelaki dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Wisma Mahmud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke sungai berhampiran Wisma Mahmud, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 34 tahun yang dilaporkan berada di sungai berkenaan oleh ahli keluarganya.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.51 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

“Sejurus tiba, anggota bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menjalankan pencarian di permukaan air di kawasan mangsa dipercayai terjatuh,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada 3.18 pagi, pasukan operasi menurunkan sebuah bot melalui jeti berhampiran lokasi kejadian bagi memperluas kawasan pencarian.

Seramai sembilan anggota bomba digerakkan dalam operasi itu dengan bantuan sebuah jentera FRT, sebuah EMRS, sebuah RIM dan sebuah bot.

Operasi berkenaan turut dibantu tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

BERITA LAIN

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap

BERITA TERBARU