ARTIKEL

Cukai minimum global, pusat data antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai minimum global dan pertumbuhan pesat industri pusat data antara isu yang dibangkitkan pada Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) menyoal Menteri Kewangan berhubung jumlah cukai minimum global yang dikutip sejak dilaksanakan pada 2025 pada sesi soal jawab sejurus persidangan Dewan bermula pada 10 pagi.

Beliau juga ingin tahu sama ada cukai ke atas Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada 15 peratus agar disamaratakan tanpa merugikan syarikat tempatan berbanding syarikat antarabangsa.

Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah serta mekanisme kerajaan bagi memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) kepada Menteri Sumber Manusia mengenai statistik tahap kepatuhan majikan pascapelaksanaan Dasar Gaji Minimum RM1,700 dan langkah penguatkuasaan terhadap sektor perniagaan mikro luar bandar yang terbeban dengan kos operasi baharu ini.

Usai sesi soal jawab, Dewan Rakyat dijadual menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di peringkat jawatankuasa.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung hingga 26 Nov ini, dengan baki 16 kementerian bagi menggulung perbahasan portfolio masing-masing. —

BERITA LAIN

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap

BERITA TERBARU

Kesan PAS tidak bertanding

KALAU kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Peribahasa itu sesuai untuk membaca keputusan PAS tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan