ARTIKEL

Mepicorn Business johan usahawan muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Mepicorn Business dari Politeknik Mukah Sarawak (PMS) dinobatkan sebagai johan cabaran perniagaan usahawan muda bersempena Minggu Keusahawanan dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) 2019 Peringkat Negeri yang berlangsung di Dataran Harmoni, Sabtu lalu.

Mereka merupakan salah satu pasukan daripada tiga wakil PMS ke cabaran tersebut yang dianggotai oleh Melissa Jassieda, Eleenna Cheerylynn Belle, Preston Migang dan Paulus Ernest.

Empat anak muda yang menjadi kebanggaan PMS itu berjaya mengetengahkan produk ais krim yang bernama Mackintosh Ice Cream Corn.

Menurut mereka, ais krim tersebut mengandungi ‘pearl’, jagung, ais krim dan berperisa Oreo atau keju.

Katanya, kelainan yang ditonjolkan berjaya menarik hati ribuan pelanggan yang hadir ke program tersebut.

“Produk ais krim tersebut sudah lama tular semenjak pasukannya menjadi naib johan pertandingan Picthing Challenge Peringkat Zon Borneo di PMS pada 9-10 Mac lalu,” katanya.

Mereka dibimbing dan dilatih oleh pensyarah PMS sendiri iaitu Muhammad Affendi Bahaudin, Sanmastri Sanusi dan Mohd. Fahmi Abd Razak.

Selain Mepicorn Business, PMS turut merangkul kedudukan naib johan melalui kumpulan Celiniam Enterprise dan Selangan Padu Enterprise turut memperoleh hadiah saguhati.

Kesemua mereka dikelolakan oleh Unit Keusahawan di bawah seliaan Mohammad Fadzli Jawawi.

Manakala Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) di tempat ketiga.

Program seperti ini diharap dapat menggembleng tenaga dan memupuk semangat keusahawanan dalam jiwa pelajar-pelajar PMS.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha