ARTIKEL

‘Merugilah’ taruhan sulung COUPPON

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Industri muzik tempatan terus mekar dengan kemunculan band indie alternatif baharu dari Kuching, COUPPON, yang secara rasmi melancarkan single debut bertajuk “Merugilah”.

Pelancaran lagu tersebut menandakan langkah sulung mereka dalam mewarnai arena muzik independen tanah air sekaligus membuka bab pertama daripada album sulung kumpulan itu yang kini sedang dalam proses pembikinan.

Album yang dijangka memuatkan enam lagu itu bakal menjadi taruhan awal COUPPON menempa nama dalam industri.

Kumpulan COUPPON dianggotai lima anak muda tempatan iaitu Jalee, Zzy, Jiman, Ajir, dan Galih. Ditubuhkan atas dasar minat mendalam terhadap penulisan lagu dan muzik independen, mereka menyatukan kreativiti demi menghasilkan karya berkualiti.

Menerusi single debut “Merugilah”, kumpulan ini mengangkat kisah tentang kehilangan yang tidak boleh diukur dengan nilai material. Lagu ini menyelami kedalaman rasa dan konflik jiwa yang sering dialami oleh sesetengah individu.

Tajuk “Merugilah” menggambarkan penyesalan mendalam apabila ego seseorang menghalang diri daripada menghargai keikhlasan insan yang sentiasa berada di sisinya, akhirnya membawa kepada titik perubahan yang merugikan.

Dari sudut susunan muzik, “Merugilah” menggabungkan lirik introspektif dengan susunan indie alternatif yang penuh atmosfera, memberi ruang kepada emosi untuk menyampaikan cerita sekuat bait-bait liriknya.

COUPPON memilih untuk memberikan ruang kepada setiap karya berkembang secara semula jadi berbanding tergesa-gesa menyiapkan keseluruhan album. Bagi mereka, setiap lagu mempunyai perjalanan dan waktunya sendiri sebelum disatukan menjadi sebuah album yang utuh.

Menerusi karya sulung ini, COUPPON mengajak pendengar memulakan perjalanan muzik bersama-sama melalui bait-bait lagu yang sarat dengan refleksi diri.

Video muzik “Merugilah” sudah boleh ditonton menerusi platform YouTube rasmi mereka, manakala pelancaran di platform penstriman digital lain akan diumumkan kemudian.

Orang ramai boleh mengikuti akaun @coupponofficial di Instagram, TikTok dan YouTube, atau menghubungi +6019-4276000 serta e-mel coupponatmataim@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU