KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.
Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud ‘jernih’ dalam bahasa Bidayuh Bau, merangkum perjalanan metafora pertumbuhan dan pembaharuan peribadi.
“Kining Posah ialah projek kerjasama antara Meruked dengan NGO hak asasi manusia, Artikel 19, bersama Persatuan Wanita Wanita Sarawak dan HAUS Kuching, untuk menangani ucapan kebencian di Malaysia melalui penerokaan budaya,” katanya pada Majlis Tayangan Perdana Single dan Muzik Video Kining Posah pada Sabtu lalu di Stage On Stage, Kuching.
Selain Syed Ashraf, Meruked juga terdiri daripada Gideon Langub Pasen (Sape), Abdul Farouq Mousthofa (gitar akustik), Mohammad Athif Azfar (bass), Syafi q Harzmi (percussions) dan Titus Ron Andrew (percussions).



