KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini menafikan maklumat cuaca berkenaan “Kepala Ribut” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.
Jabatan itu dalam satu kenyataan menegaskan bahawa penyebaran berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu katanya, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.
Terdahulu tular satu maklumat cuaca mengenai Taufan Rai sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20km/j dan menjauhi rantau negara.
Nasihat Taufan (Rai) terkini dikeluarkan oleh MET Malaysia pada jam 2.45 petang 20 Disember 2021 dan dikemaskini setiap 3 jam

