ARTIKEL

Meta akui kesilapan teknikal jejas akaun WhatsApp pengguna sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistem WhatsApp sehingga menyebabkan aktiviti pengguna yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pihaknya menerima maklum balas Meta berhubung isu penggantungan akaun WhatsApp yang dikemukakan sebelum ini.

“Kesilapan teknikal tersebut dikenal pasti dalam lebih separuh daripada kes bagi kumpulan pertama yang dikemukakan MCMC,” menurut kenyataan itu.

Menurut Meta, kesilapan berkenaan telah ditangani pada penghujung September dan akaun sah yang terjejas dipulihkan secara proaktif, termasuk sebahagian akaun yang belum mengemukakan rayuan. Meta turut mengesahkan tiada perubahan dibuat terhadap dasar penguatkuasaan atau Terma Perkhidmatan WhatsApp.

Bagi kes lain, Meta menjelaskan penggantungan akaun turut dipengaruhi beberapa faktor, termasuk nombor telefon kitar semula yang pernah dikaitkan dengan akaun disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan sistem keselamatan WhatsApp. Laporan pengguna pula hanya salah satu faktor yang dinilai.

Berhubung akaun perniagaan, Meta berkata penghantaran mesej tanpa persetujuan atau dalam jumlah tinggi, khususnya kepada penerima yang bukan dalam senarai kenalan, boleh dikesan sebagai spam.

“Pengguna perniagaan disaran mendapatkan persetujuan penerima sebelum menghantar mesej secara pukal,” tambah kenyataan itu lagi.

MCMC berkata pihaknya telah meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan supaya pengguna terjejas menerima pengesahan serta maklumat status semakan dengan lebih jelas dan pantas. Pengguna terjejas turut disaran menggunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus memantau kes yang masih tertunggak serta memastikan penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan semula akaun mereka.

Tindakan kawal selia selanjutnya akan dipertimbangkan sekiranya langkah Meta didapati tidak memadai.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke