ARTIKEL

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU