ARTIKEL

Mewakili BN tanpa restu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

KUCHING: Tindakan tegas perlu diambil terhadap calon bebas Parlimen Santubong, Affendi Jeman kerana menggunakan huruf BN pada bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Walaupun huruf BN tersebut membawa makna Bawa Nikmat namun ia mirip akronim Barisan Nasional (BN).

Malah, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 5 November lepas memaklumkan BN tidak akan meletakkan calon pada PRU-15 di Sarawak.

Sehubunga itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tindakan calon bebas itu adalah untuk mengelirukan pengundi.

“Diharap pihak Barisan Nasional dapat mengambil tindakan tegas ke atas calon bebas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengenai tindakan Affendi yang menggunakan huruf BN pada bahan kempen PRU-15.

Dr Abdul Rahman yang juga Pengarah Pilihan Raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong menjelaskan, aduan sudah dibuat kepada pengurusan BN.

“Datuk Seri Zambry memaklumkan mereka tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa menggunakan lambang mereka dan tidak mengiktiraf sesiapa bertanding mewakili BN di Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jika tindakan terhadap calon bebas tersebut tidak diambil, ia membawa persepsi Affendi mendapat restu daripada BN.

Kerusi Parlimen Santubong menyaksikan pertembungan antara calon GPS, Datuk Seri Nancy, Affendi dan calon Pakatan Harapan (PH) Mohammad Zen Peli.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pada ketika itu mewakili BN menang dengan majoriti 19,485 undi.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU