ARTIKEL

Mexico bantah pemeriksaan kargo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDARAYA MEXICO: Mexico merancang membuat aduan kepada jawatankuasa kemudahan perdagangan perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara, dengan menuduh pemeriksaan pengangkutan kargo oleh pihak Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar, menurut Kementerian Ekonomi Mexico pada Selasa.

Sejak 8 Mei, kerajaan Texas telah memeriksa kenderaan kargo di persimpangan sempadan antara bandar Matamoros Mexico dan bandar Brownsville, Texas AS, dalam usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

Bagaimanapun, langkah itu menyebabkan kerugian berjutajuta dolar bagi kedua-dua syarikat Mexico dan AS kerana kelewatan sehingga 27 jam yang menyebabkan bahan cepat rosak, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan media.

Kementerian itu telah pun memulakan perbincangan dengan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat untuk menangani isu itu.

Mexico akan mengemukakan aduannya kepada jawatankuasa kemudahan perdagangan Perjanjian Mexico-AS-Kanada, menurut kementerian itu.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU