ARTIKEL

FB MFL

MFL Guna Pengadil Luar Negara Untuk Final Piala Malaysia 2025-2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan akan menggunakan khidmat pengadil dari luar negara bagi mengemudi perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/26 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching City pada 23 Mei nanti.

Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan, membuat permohonan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memilih pengadil terbaik untuk mengadili aksi di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, itu nanti.

Pihak MFL membuat permohonan rasmi kepada FAM untuk mendapatkan empat pengadil luar negara termasuk dua pembantu pengadil dan satu pengadil VAR (Video Bantuan Pengadil).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU