MUKAH: Malaysian Global Taekwondo Federation (MGTF) Sarawak berjaya membawa pulang dua emas, tiga perak dan lima gangsa dalam Kejohanan Seni Bela Diri Sekolah-Sekolah Sarawak Ke-8 di Stadium Tertutup Sibu, baru-baru ini.
Ketua Jurulatih, Zaidi Morshidi berkata kebanyakan peserta MGTF Sarawak pada kali ini adalah muka baharu.
“Alhamdulillah, walaupun baharu, mereka mampu memperoleh kejayaan dalam kejohanan ini.
“Untuk makluman, seramai 400 peserta telah mengambil bahagian dan ia adalah pencapaian membanggakan bagi pasukan MGTF Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.
Beliau berkata pada kejohanan kali ini, MGTF Sarawak telah menghantar 24 peserta dan enam pegawai.
Pingat emas dimenangi oleh Mohamad Azmir Fahmi dan Awangku Haziq.
Pingat perak dimenangi oleh Nur Kasih Khuzairah, Awangku Taufiq dan Aazriz Rayfal.
Pingat gangsa pula dimenangi oleh Ariana Rayfa, Mohammad Aqil Danish, Muhammad Haziq, Rifa Rosidi dan Aysar Firash.

