ARTIKEL

MHB kembali raih keuntungan pada suku kedua catat untung bersih RM73.92 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) kembali meraih keuntungan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 dengan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM73.92 juta berbanding kerugian bersih RM388.70 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil merosot kepada RM900.03 juta daripada RM1.06 bilion sebelum ini, disebabkan terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih rendah dalam segmen kejuruteraan berat.

“Kumpulan mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM79.1 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak RM464.4 juta berbanding kerugian operasi RM385.3 juta pada suku yang sama, disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik daripada segmen kejuruteraan berat dan marin,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

MHB berkata kumpulan itu sedang meneroka portfolio seimbang dalam bidang tenaga konvensional dan bersih serta menyasar menambahkan pelanggan kapal pengangkut gas asli cecairnya (LNGC) memandangkan bilangan kapal yang  semakin meningkat dalam pasaran.

“Bagaimanapun, persaingan sengit antara pemain terus memberi cabaran memandangkan kemunculan limbungan pembaikan LNGC baharu di negara jiran dan China,” katanya.

 MHB berkata konflik geopolitik yang berterusan dan landskap operasi yang tidak menentu telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan harga.

Oleh itu, kumpulan akan terus memperbaiki strategi komprehensifnya bagi mengurangkan risiko ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha