ARTIKEL

Mi Joo beli G-Wagon sebelum ada lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI dan selebriti Korea, Lee Mi Joo, sekali lagi menghiburkan peminat apabila mendedahkan kisah lucu membeli kereta mewah sebelum memperoleh lesen memandu.

Dalam satu video di saluran YouTube miliknya, Mi Joo berkongsi bahawa dia membeli sebuah Mercedes-Benz G-Wagon bernilai RM530,000 sebagai motivasi untuk mengambil lesen.

Lucunya, ketika membuat keputusan tersebut, Mi Joo langsung tidak tahu apa-apa tentang kereta dan hanya memilih G-Wagon selepas dicadangkan oleh jurujual.

Menariknya, selepas lebih tiga tahun memiliki kereta itu, Mi Joo hanya sempat memandu sejauh 15,135 kilometer sahaja!

Menurutnya, dia jarang memandu kerana sering keluar minum bersama rakan, jadi tidak sesuai untuk memandu sendiri.

Walaupun begitu, Mi Joo yakin dengan kemahiran pemanduannya dan tetap selesa di belakang stereng.

Peminat memuji tindakan spontannya dan menganggapnya sebagai cara unik untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri . “Ini baru namanya self-reward (ganjaran untuk diri sendiri)!” kata salah seorang peminatnya

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha