PELAKON Michael B. Jordan terlibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu sehingga menyebabkan bahagian depan kereta mewah jenama Ferrari mengalami kerosakan teruk.
Jordan, 36, dilaporkan melanggar sebuah kenderaan lain di persimpangan Sunset Boulevard dan Beachwood Drive, Los Angeles.
Menurut Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, mereka mengesahkan kejadian itu, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.






