ARTIKEL

Senator Michael Mujah Lihan dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua. | Foto: RAMIDI SUBARI

Michael Mujah dilantik semula sebagai Senator

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Senator Michael Mujah Lihan, 64, dipilih semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk berkhidmat bagi penggal kedua sebagai Ahli Dewan Negara.

Pencalonan beliau dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan disokong ADUN Tatau yang juga Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai.

Pemilihan itu berlangsung pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, ketika mengumumkan keputusan itu berkata Michael merupakan calon tunggal yang dikemukakan.

Ketika mencadangkan pencalonan itu, Uggah berkata Michael mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, kepimpinan politik dan pembangunan masyarakat.

Pengalaman sepanjang penggal pertama sebagai Ahli Dewan Negara membolehkan Michael memahami urusan Parlimen serta tanggungjawab mewakili Sarawak di peringkat Persekutuan.

Uggah berkata pengalaman itu boleh dimanfaatkan bagi membawa perhatian kepada isu pembangunan, kebajikan dan kepentingan rakyat Sarawak.

Michael, yang dilahirkan pada 6 Oktober 1962, berasal dari Belaga dan memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau merupakan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Murum sejak 2016.

Sebelum dipilih sebagai Ahli Dewan Negara, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dari 2016 hingga 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU