ARTIKEL

Gambar hiasan

Miliki Kad ATM Orang Lain, Keldai Akaun Terjerat Denda RM6,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki yang bertindak sebagai keldai akaun dijatuhi hukuman denda RM6,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah memiliki kad bank milik orang lain tanpa kebenaran sah.

Kad ATM yang dimiliki tertuduh itu dipercayai digunakan bagi aktiviti penipuan dalam talian.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan kerana memiliki sekeping kad ATM milik seorang lelaki tanpa kebenaran sah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan memiliki sekeping kad ATM berkenaan di sebuah pangsapuri di Batu Kawa kira-kira jam 5.45 petang pada 20 November 2025.

Berdasarkan fakta kes, satu serbuan telah dilakukan di sebuah pangsapuri sebelum seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian.

Hasil pemeriksaan menemukan sepuluh keping kad ATM daripada pelbagai institusi perbankan yang dipercayai bukan milik tertuduh.

Tertuduh gagal mengemukakan alasan munasabah berhubung pemilikan kad-kad berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh dengan niat telah mempunyai pemilikan dan kawalan ke atas instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan milik individu lain, iaitu sekeping kad ATM, tanpa kuasa atau kebenaran sah.

Tertuduh juga gagal memberikan sebarang penjelasan berhubung pemilikan kad tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian