ARTIKEL

Tertuduh berbincang dengan peguam bela selepas prosiding kes di Mahkamah Tinggi.

Miliki syabu, suri rumah dipenjara tujuh tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang suri rumah tangga dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana memiliki 55.4 gram syabu di kediamannya di Pusa, tiga tahun lalu.

Mutiara Japar, 57, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah.

Mengikut pertuduhan alternatif, dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Hilir Beladin, Pusa, sekitar 4.05 petang, 18 Jun 2022.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Subseksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 39A (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau selama tempoh yang tidak kurang dari lima tahun dan boleh disebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pegawai polis mengetuai pasukannya membuat satu serbuan di sebuah rumah dipercayai memiliki bahan terlarang dadah.

Setelah memperkenalkan diri kepada tertuduh dan bertanya tentang keberadaan bahan terlarang di rumah terbabit. Tertuduh kemudian mengatakan bahawa ada menyimpan barang terlarang tersebut yang diletakkan di tingkap ruang makan rumah.

Kemudian, tertuduh mengambil sehelai seluar track berwarna kelabu dari tempat menyidai pakaian dan menyerahkan kepada pengadu.

Hasil pemeriksaan menjumpai dua beg kecil di dalam zip seluar terbabit.

Pemeriksaan lanjut menjumpai dua paket lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Tertuduh kemudian ditahan dan barang kes dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Laporan kimia mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis methamphetamine seberat 55.4 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof, manakala tertuduh diwakili dua orang peguam bela iaitu Gerald Empaling Donald dan Steven Beti.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan