BEKAS penyanyi Korea dari kumpulan Miss A, Min, mendedahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga pada Jun nanti.
Menurut Min, beliau telah melalui suka dan duka bersama-sama seseorang yang sentiasa berada di sisinya yang membuatkan dirinya berasa selesa.
Ujarnya, kini mereka sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.
“Hai semua, saya akan berkahwin pada Jun nanti! Sepanjang suka dan duka, saya ditemani oleh seseorang yang sentiasa membuatkan saya berasa seperti berada di rumah sendiri.
“Kami telah memutuskan untuk menempuh bab seterusnya dalam kehidupan ini bersama-sama,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Sementara itu, Min turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini dan tidak sabar untuk berkongsi permulaan baharu ini bersama anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dengan love and kindness.
Saya tidak sabar untuk kongsi permulaan baharu ini dengan anda semua,” katanya.



