ARTIKEL

Minat, Tanggungjawab Teras Kesukarelawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Semangat kesukarelawanan yang tinggi menjadikan seseorang lebih ikhlas dalam berkhidmat kepada masyarakat serta tidak menganggap pengorbanan masa dan tenaga sebagai satu kerugian.

ADUN Tellian, Royston Valentine berkata, individu yang benar-benar menghayati nilai kesukarelawanan akan berasa puas dan gembira apabila dapat menyumbang kepada masyarakat.

“Apabila semangat kesukarelawanan itu tinggi, kita tidak akan berasa menyesal atau rugi, sebaliknya, puas dan seronok setiap kali berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan untuk membantu masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Pertahanan Awam Zon Mukah 2026 di Kem Belia Mukah, baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, pelibatan dalam aktiviti kesukarelawanan perlu didorong minat yang mendalam dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Jelasnya, terdapat dua perkara utama yang perlu dipegang oleh setiap sukarelawan iaitu minat dan rasa tanggungjawab.

RAKAM KENANGAN…Royston merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis tersebut. (FOTO: N57 TELLIAN)

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sibu, Mej. (PA) Mohd. Redwan Aini berkata, penganjuran kursus berkenaan merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh keupayaan komuniti untuk bertindak balas secara cekap dan berkesan ketika berdepan dengan situasi kecemasan atau bencana.

Tambahnya, segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat serta memperkukuh budaya kesukarelawanan di Bahagian Mukah.

Terdahulu, kursus tersebut menghimpunkan seramai 67 sukarelawan dari Zon Mukah bagi mengikuti latihan asas pertahanan awam.

Ia merangkumi aspek kesiapsiagaan, pengurusan bencana, bantuan kecemasan serta pemantapan disiplin dan semangat kesukarelawanan.

Turut hadir, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah, Kapten (PA) Zuriza Sharkawi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU