ARTIKEL

Minggu Perpaduan 2025 perkukuh semangat perpaduan dan keharmonian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai ini dijangka menjadi medan meriah penuh warna-warni, menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu.

Acara anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menampilkan pelbagai pengisian menarik yang bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian rakyat.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk pameran rumah etnik, pameran agensi kerajaan, pameran Rukun Negara dan pameran wajah-wajah wira perpaduan.

Tayangan filem patriotik turut akan diadakan sebagai usaha menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan pengunjung.

Para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan hiburan daripada artis tempatan, sesi bicara perpaduan serta aktiviti fizikal seperti senam perpaduan, sukan rakyat, sukan tradisional dan larian harmoni.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dengan pertandingan karakter wira serta pertandingan mewarna yang mampu mencungkil kreativiti dan semangat kenegaraan sejak usia muda.

Selain itu, festival makanan dan minuman turut dianjurkan di tapak tempat letak kereta Wisma Sanyan, menampilkan pelbagai hidangan dan minuman daripada vendor usahawan tempatan.

Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan penyertaan komuniti setempat, malah menjadi ruang niaga bermanfaat kepada para peniaga kecil dan sederhana.

Vendor yang berminat masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak penganjur menerusi WhatsApp di talian 011-6173 3817.

Sambutan ini bukan sekadar acara hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi wadah penting dalam merapatkan hubungan antara kaum serta menyemai nilai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Justeru, orang ramai dijemput hadir bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang menjanjikan pengalaman penuh makna dan kebersamaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU