Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.
Bagaimanapun, dipercayai terdapat haba berlebihan daripada pencawang sehingga sampai ke tahap terbakar.
Siasatan lanjut masih dilakukan.






