ARTIKEL

Miri bakal miliki jambatan ikonik seperti di San Francisco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pembinaan jambatan kabel yang menghubungkan Kampung Pulau Melayu dan Marina Bay di sini bakal menjadi salah satu mercu tanda ikonik terbaharu di bandar raya ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jambatan tersebut akan dibina berdasarkan contoh daripada sebuah jambatan ikonik yang terdapat di San Francisco.

“Jambatan ikonik akan menjadi mercu tanda terbaharu di bandar raya ini, dan sekali gus memantapkan lagi infrastruktur di Miri yang terkenal sebagai sebuah bandar raya peranginan.

“Selain daripada mengambil contoh daripada jambatan di San Francisco, jambatan itu nanti juga akan dibina mirip seperti Jambatan Darul Hana di Kuching, dan akan menjadi salah satu daripada tarikan pelancongan terbaharu di bandar raya ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, jambatan yang bakal dibina itu masih belum mempunyai nama yang sesuai.

Katanya, apa yang penting sekarang adalah dahulukan pembinaan jambatan tersebut, dan setelah ia siap dibina, barulah ia akan diberikan nama yang sesuai.

Pada masa sama, beliau turut mengulas mengenai perkhabaran mengenai Taman Negara Niah yang dikatakan akan diiktiraf oleh Taman Geo Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia.

“Apabila Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia pada suatu masa akan datang, Miri akan mempunyai dua tapak warisan dunia selain yang pertama iaitu Taman Negara Mulu.

“Justeru, dengan adanya kedua-dua tapak warisan itu, ia akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di bandar raya ini,” jelasnya.

P1: Abang Johari menerima cenderahati daripada Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di sini semalam

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.