ARTIKEL

Miri Jadi Lokasi Promosi Brunei Coffee Trail, Jelajah Tahun Melawat Brunei 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Brunei Darussalam terus mempergiat usaha mempromosikan sektor pelancongannya menerusi penganjuran Brunei Coffee Trail dan Jelajah Tahun Melawat Brunei 2027 di Bintang Megamall, di sini, dari 7 hingga 9 Ogos ini.

Program selama tiga hari tersebut bukan sahaja mengetengahkan budaya kopi dan matcha yang semakin berkembang di negara berkenaan, malah menjadi platform utama memperkenalkan kempen Tahun Melawat Brunei 2027 kepada masyarakat Sarawak sebagai pasaran pelancongan yang penting.

Jabatan Kemajuan Pelancongan di bawah Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Brunei Darussalam dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penganjuran itu merupakan kesinambungan kejayaan program sama yang mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu.

Menurut kenyataan, inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan lebih ramai penduduk Sarawak merentasi sempadan untuk menikmati pengalaman pelancongan unik yang ditawarkan Brunei, selain memperkenalkan pelbagai produk dan tarikan baharu menjelang Tahun Melawat Brunei 2027.

“Program ini diadakan bagi menggalakkan lebih ramai pelawat dari Sarawak berkunjung ke Brunei Darussalam, selain memberi ruang kepada pengusaha tempatan mempromosikan produk mereka kepada pengguna di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak lima kafe kopi dan matcha dari Brunei akan mengambil bahagian dalam program berkenaan iaitu Coffee Up!, Dahaga Café, Kongpi Coffee, Shin Cha Café dan Three Light Coffee Bar.

Selain sajian kopi dan matcha, pengunjung turut berpeluang mengenali produk pelancongan serta pengalaman percutian yang ditawarkan negara itu menerusi penyertaan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Artisan Abadi Sdn. Bhd., Roda Impian Cruise, The Empire Brunei, Mantap dan Skinny Meal.

Antara tarikan utama sepanjang program ialah sesi merasa kopi dan matcha, demonstrasi penyediaan minuman secara langsung, permainan interaktif serta pelbagai aktiviti mesra keluarga yang disusun khas untuk pengunjung.

Program itu turut menjadi pentas memperkenalkan lebih awal kempen Tahun Melawat Brunei 2027 yang akan menampilkan pelbagai destinasi menarik, produk pelancongan baharu serta pengalaman berasaskan budaya, warisan dan hospitaliti negara berkenaan.

Orang ramai dijemput mengunjungi Brunei Coffee Trail dan Jelajah Tahun Melawat Brunei 2027 di Bintang Megamall sepanjang tiga hari penganjurannya, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi akaun Instagram rasmi Brunei Tourism, @brunei.tourism.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium